Sunday, 30 July 2017

resepi nasi arab

semalam g kursus nasi arab anjuran pwb adun sungai pelek walapun aku dah oku semangat nk masak tu masih berkobar2 n ilmu yg aku dapat semalam aku kongsi kt sini ye

rempah nasi arab

1 sudu kecil cengkih
1 sudu kecil buah pelage
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil kayu manis
1 sudu kecil jitan manis
1 sudu kecil jitan putih
1 sudu kecil ketumbar
(semua bahan ni sagai n blend halus)

cara masak nasi

3 cawan beras basmati
5 cawan air
5 sudu makan rempah nasi arab
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
satu kiub stok ayam
1 biji bawang holand
seinci halia
3 sudu makan yogurt 
minyak zaitun secukupnya

sedikit pewarna kuning telur(saffron mahal hehehe)
kismis kacang gajus daun ketumbar utk hiasan


cara masak potong dadu bawang holand dan halia. panaskan minyak zaitun tumiskan bahan yg dipotong dadu  dam masukkan rempah nasi arab/serbuk kunyit/serbuk cili kacau sebati n masukkan air/kiub ayam dan yogurt, tunggu air mendidih baru masukkan beras. titikkn pewarna kuning saat nasi hampir masakbila nasi dah masak jgn buka penutup nasi dlm tempoh 15minit tips ni utk jadikan nasi masak sempurna dan nasi lembut selepas 15 minit baru kaup balik nasi yg dah masak n masukkan bahan hiasan utk nasi sentiasa paroi wlpun dah sejuk

ni pic hasil nasi  yg kitaorg blaja semalam




No comments:

Post a Comment